PIZZA DAGING / AYAM
Sedap x terkata kelazatan nyer bila wat sendiri...inilah hasil air tangan ku....klu dah wat sekali mesti nak wat lagi...cubalah resepi ini pasti anda x kan menyesal nyer....
Bhn2 utk Pizza:
500g tepung gandum
1 paket yis mauripan
2 s/b gula1 s/k garam
- semua di gaul rata
3 s/b marjerin @shortening
1 caw air suam
1 biji telur
sedikit susu pekat
Cara :
1) Gaul rata semua bhn sehingga betul2 lembut.
2) Tudungkan adunan dgn kain lembap sehingga adunan naik 2 x ganda.
3) Tumbukkan adunan ( utk menghilangkan angin) n bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4) Bulatkan adunan n leper mengikut besar yg di kehendaki.
5) Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 min) n bakar dlm oven yg tlh dipanaskan 180 darjah celcius selama 10 minit.
6) Keluarkan n taburkan bhn yg disediakan...ikut pilihan yg disukai.
7) Bakar lagi sehingga nampak keju cair.
Inti Pizza :
2 ketul dada ayam @ 250g daging kisar
1 bwg besar - hiris
2 ulas bwg putih - hiris
1 biji capsicum kecil (merah,hijau @ kuning)
3 kpg nenas (dlm tin pun blh juga)
1 caw cendawan butang (belah 4)
2 biji tomato (optional)
100g parutan keju mozarella (parmesan pun blh juga)
1 s/b minyak
3 s/b cili sos ( jika nak pedas...tambah cili mesin)
1 caw sos tomato
1 s/k serbuk daun oregano
garam
Cara :
1) Potong dadu semua bahan
2) Tumis bwg besar n bwg putih hingga layu
3) Masukkan ayam n tambahkan garam serta daun oregano, sos tomato n sos cili
4) Kacau hingga ayam/daging empuk. Biarkan sehingga pekat
5) Ratakan inti atas doh yg sudah disapukan sos tomato.
6) Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas n sedikit keju diatas ayam/daging
7) Bakar hingga masak dlm suhu 180 darjah celcius
8) Taburkan lebihan keju n bakar sekejap hingga keju cair
9) Dah siap bolehlah di hidangkan. SELAMAT MENCUBA.
NOTA :
Sekiranya mahukan inti lain boleh diperlbagaikan mengikut citarasa sendiri, antaranya rendang daging, sambal udang, sambal sardin dan sebagainya.
